Monday, June 21, 2010

Happy happy happy..yeay!!


Assalamualaikum peeps..lame sudah aku tak menjengah blog ni..walaupun tiade pembaca menemani..aku nak tulis juga..asalkan aku bahagia..
actually da berkali aku tulis blog then jadi draft..pastu delete draft tu…tulis lagi..jadik draft lagi..delete lagi..sampai berpuluh puluh kali aku berbuat begitu dek kerana sungguh tiada mood mahu berblogging sejak dua menjak ni..mane tak nya..aku sungguh la tiada mood disebabkan mood aku spoiler abes dan teros burok..haizz..mood mood mood..aku sangat suka perkataan mood itu!
Ini kerana…terbaru ye sahabat sahabat..aku telah mendapat berita gembira yang tersangat gumbira!!!astaghfirullah..ecah..mengucap ye..(excited nak mati…)
Berita berita tu korang mesti da tahu da..mane tidaknya..di facebook aku sudah memulakan operasi mengucapkan jutaan trimas pada mereka yg berkenaan…dan berita itu adalah…
tada... 
Akhirnya..buat degree jua aku…aku nangis weh bile dapat nih..hati tisu la katakan..alhamdulillah aku bersyukur pada Allah atas kurniaan ini..aku ingatkan dah tak ada peluang dah nak sambung degree melihatkan result aku yang tak seberapa tuh..but then..maybe kali ini rezeki aku..pilihan pertama aku dalam upu..memang aku nak sangat sangat bende ni..dapat jua..kat university yang best pula tu..aku amat menyayanginya..oh universiti teknologi Malaysia(sebelum ni selalu je konfiuh dengan sama ada UTmalaysia ke UTmara..masa interview nasib baik hentam betul..)haha  
 
Tak lama kemudian bila dapat tahu ramai dapat um,upm,ukm and usm..mulalah diri ini rasa low selow lownya..menjadi hamba tak bersyukur sekejap..but then bila ada senior utm yang mengatakan utm merupakan salah satu universiti yang termasuk dalam world ranking and menjadi universiti apex…serta merupakan universiti engineering terbaik di Malaysia..maka..wajahku bersinar kembali bak pearl dalam kerang…owh..aku bersyukur kepadaMu, ya Allah..aku sangat sayang akan uTm…oh~
Gembiranya aku…tidak sangka aku dapat peluang ini..
Gembiranya aku…melihat muka ibu dan ayah aku senang hati..
Gembiranya aku…dapat shopping barangan dengan semangat ayah yang happy..
Gembiranya aku…berpeluang untuk menaikkan taraf ibu bapa ku di mata sedare sepapat yang di "KASIHI"..
Gembiranya aku…kerana Allah masih mendengar ritihan hati ini…
Gembiranya aku…aku masih hidup sampai hari ini..
Doakan aku yeh sahabat sahabat..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah…
-bodek abg sulung blanje snickers converse,
please bro..jgn kdekot kt adikmu ini..berharap =)-
 

No comments: