Sunday, July 25, 2010

kabutnya..

semalam aku teros tidur tanpa memikirkan apa apa..pagi tu pula aku meneruskan rutin harian seperti mandi manda..bangun awal sedikit untuk pergi berjuang interview palapes...dengan semangat dan mengharapkan angin pagi dapat melibas muka aku tatkala aku menaiki trak palapes sebentar je lagi nak sampai..

kemudian..terserempak la dengan rakan seperjuangan palapes yang tetiba mengatakan tidak mahu menyertai palapes..bertanyakan mengapa dan kenapa..kemudian panjang lebar berceloteh menerangkannya..

sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan aku pada pagi tadi..and aku terus membuat keputusan tanpa memikirkan apa apa..

i am not going to the palapes..then rilek2..lepak2..online2..sekali mak msg..aku reply la dan mengatakan tak pergi interview tu..apa lagi..tros ayahanda terchenta call..amik ko..kene brainwash meh aku..hurm..aku memang teruk dari segi membuat keputusan..percakapan ayah itu ada betulnya..namun terkecil hati juga la..ada unsur unsur memaksa disitu..aku redah..sesungguhnya..aku dibawah tanggungjawab parents..jadi seharusnya..keputusan mesti la sehala dengan parents..

nenangis aku memakai baju kurung..nenangis aku menelefon sahabat seperjuangan palapes yang sorang lagi tu tanya dah pergi ke blom..aku bernasib baik la dekat dengan tempat taxi..dah kena tinggal dengan trak..tak kan nak jalan kaki kot..jauh tu markas palapes..

interview berjalan macam biasa..cuma kepelikan sedikit..stap2 hari tu begitu bermurah hati mencurahkan senyuman dan sedikit sebanyak memberi nasihat kepada kami..kalau tak..memang kena tengking je..tak pun kena makan kertas..haha

selepas habis sesi interview tersebut..kitorang pon balik la berjalan kaki kerana mempunyai masalah trak time tu..kalau tak..boleh je pusing satu utm naik trak..haizzz...

dalam perjalanan tu..mereka semua huha huha belaka dengan loghat masing masing yang kadang kadang sukar untuk aku memahaminya..dan aku rasa tidaklah rugi aku pergi interview itu..bersemangat kembali..

so..nanti korang tgk la muka aku yang seakan akan sama je warna tar jalan yeh..hoho..berkhidmat untuk negara!!

satu hari nanti..insyaAllah..

so gayanya dah macam decide amik palapes je kan..yang fotokreatif tu..aku tolak tepi dahulu..kalau ada kelapangan pergi..kalau tak..palapes je la..haha...

kalau dapat palapes kene pindah kolej..jauh pulak tu dengan fakulti..ada juga bagitahu keadaan tu pada ayah...and kena libas balik..kalau orang lain boleh kenapa kau tak boleh...haizz...nak beli kereta mustahil..nak beli moto..mustahil gak..aku rasa nak beli basikal la..ada sesape yang nak jual basikal dia kat aku?anyone?

k la peeps..cukupla sampai sini je..aku rasa korang pon dah naik menyampah pasal palapes je tak habis habis..nak buat cemana..aku suka berkongsi..hee..kalau korang tak mahu baca..terpulang..tiada paksaan..isnin ni result interview keluar..kalau ada rezeki adalah..

p/s: aku memang rasa tak nak balik umah je skang ni..nak duduk utm lelama..=)


No comments: