Monday, August 1, 2011

dek kerana ikan puyu dua ekor..

assalamualaikum peeps..
sungguh indah sekali rasanya dapat bersahur bersama dengan keluarga tercinta..harap harap dikekalkan selama sebulan ini.. :)

entry kali ni ketiadaan gambar..detik detik cemas mana sempat nak ambil gambar... :p

orite kali ni aku nak cerita alkisah semalam..semalam aku bangun lambat juga..mak ayah aku sibuk tadah air disebabkan port dickson dah tiga hari ketiadaan air..sangat menderita okay..

so ayah aku nak mengosongkan ade satu tangki yang diisi ikan puyu sebagai haiwan peliharaan dalam tu..masa nak buang air ikan tu untuk digantikan dengan air baru..ikan ikan puyu tersebut terlepas ke dalam longkang kecil dan mengalir ke longkang besar..

aku yang baru bangun tidur ni blank blank ler..padahal parents dah bising dah bangun lambat..hehe..aku pun jenguklah kat luar..mak aku kata ade ikan puyu dalam longkang besar tu..

aku pun jengahlah longkang tu..memang ada dua ekor ikan puyu sedang berenang kegembiraan..aku nak tolong mak ayah aku sebenarnya..nak tangkap balik ikan tu..besar dah kot ikan puyu tu..

sekali punya nak cekau dan cekau..
bush!!!!
hamek kau..jatuh dalam longkang..dah lah longkang tu setinggi aku..aku nak grab pagar tapi hentah macamana tangan aku berpusing dan mengeluarkan satu letupan..

ayah aku terus marah bila melihat keadaan aku suh masuk umah..sememangnya aku tengah menahan sakit..mak ayah aku panik gak la..memula nak bawak pergi hospital untuk di x-ray..last last pergi klinik je memandangkan klinik yang aku pergi tu klinik panel syarikat ayah aku..free..hehe

dalam hati dah cuak kalau betul betul la tangan kiri aku ni patah..ape yang akan terjadi nanti especially pada wataniah aku..lama juga lah aku tunggu..selepas di x-ray..alhamdulillah..doktor berkata tiada sebarang kepatahan..bahu aku terseliuh..serious tak boleh angkat tangan kiri aku ni..tu yang buat status bertepuk sebelah tangan..haha

itulah..niat pada awalnya memanglah baik nak tolong mak ayah dapatkan ikan puyu tu..tapi salah aku juga sebab ayah aku kata tak payah..aku still nak tolong..ha..tak mendengar kata orang tua..padan muka saya.. :)
ikan puyu tak dapat, sakit yang dapat..
ayah aku kata aku ni lembab sebab tu jatuh..adehh
by the way..selamat berpuasa peeps! dengar kata mak ayah tau.. :p

-gembira puasa pada hari pertama bersama family dan insyaAllah di rumah selama sebulan-

6 comments:

Mr. Uzair said...

ghahaha. pergh. jatuh longkang. sakit nye -.-

aisYahzaCk said...

@Mr. Uzair haha..sangat sakit..tinggi aku tu bai longkang nye.. :)

akim ammar said...

hahaha..jatuh longkang! segar lar bole mandi!

aisYahzaCk said...

@akim ammar haha..jadahnya mandi air longkang..aku jatuh longkang tapi tak kena air longkang..hebat x aku?heee

rybe said...

hahaha. adoii. ingat nak tahan gelak sbb kesian tapi xboleh la. pecah jugak gelakk ni haa. adoii. lenkali hati2 la ye. :)

aisYahzaCk said...

@rybe haha..ko gelak yeh..dush3..