Sunday, July 31, 2011

berpuasa.. :)

selamat berpuasa kawan kawan..semoga kita grab peluang dalam bulan ini untuk menambahkan amalan ibadah.. :)

Saturday, July 30, 2011

seaskar mana pun kami, kami tetap seorang perempuan..

assalamualaikum peeps..
orite entry sebelum ni aku ada mention kan nak cerita disebalik dua gambar ni.. here we go.. :)


okay..gambar ni memang melambangkan muka happy kami la kan..aku admit la..that so sweet bila semua guys ask us untuk naik rakit tu..katanya untuk menguji kekukuhan..sekali bila semua dah naik..ha..hamek kau..dorang pakat simbah air baikk punya..jeles punya pasal kan sebab kami ditempatkan rumah mak angkat dan tidak basah sedangkan mereka dok umah sewa yang dimuatkan seramai 20++ orang dalam satu rumah dan seharian berada di sungai bagi menyetelkan hal rakit yang mengecewakan...by the way semua happy belaka lah..


gambar ini pula jelas menunjukkan muka muka excited+gembira nak berakit..just tunggu masa je..

nak dijadikan cerita, terbentuk lah satu drama disebalik ujian kekukuhan rakit tersebut..ternyata rakit yang kami tempah amat mengecewakan..bila dengar semua tu..ade yang menyuarakan untuk mengurangkan strength dan amatlah gembira bila strength yang awal awal lagi ditolak adalah us..perempuan..

ktorang try to help our guys tolak rakit sebab tahu ktorang tak banyak sumbangan..tapi bila aku tengah menolak rakit dan terdengar statement perempuan tak payah naik rakit..terus aku blah dari sungai tu..control emosi la konon kan lari jauh jauh tak nak kasi orang nampak walhal dah start banjir..

aku ingatkan aku je yang dengar statement tu..rupa rupanya ade salah seorang di antara kami pun dengar juga..die terus mencarut..aku time tu yang tengah control banjir terkejut juga lah bila dia mencarut..kawan aku tu memang penyabar gila..aku tak pernah nampak dia marah..tapi kalau dah start mencarut tu..aku tahu dia betul betul marah...

time ni kitorang dah blah dari sungai..bawa hati..see my eyes..bengkak bagai..try senyum gak..semuanya kerana kamera..hahaha

mana taknya..kami try ikhlaskan hati join program ni walaupun pada mulanya atas kehendak perkhidmatan..okay yang tu boleh terima lah walaupun blank blank je join kan tak tahu mende..kami gak datang awal join gerak kerja lagi..then bila nak kurangkan strength, kami pula yang nak di singkirkan..haha..bajet AF je kan.. bukannya apa..bila ada yang baru datang best best je boleh naik..tak tahu kami ikhtiar hidup macamana..dah lah dijanjikan kami akan berakit..sekali last minit boleh cancel macam tu je..and im said..
'apekah??'
apa lagi..kitorang decide balik utm la..dah tu pejadahnya stay kalau tujuan asal kami adalah untuk berakit..memang sedih+sakit hati la kan..pastu semua nak plan pergi rantau panjang la bagai..nak pujuk hati la katakan...

kitorang memang unite.. :)

hengat sesenang buang sesenang je ke nak amik balik..kami tahu guys deserve naik rakit..but please consider us yang dah diberikan harapan dan impian..haha..<--ayat tak boleh blah..

disebabkan semua bawa hati..kitorang sempat la singgah umah mak cik buat asam keping tu..nice!

dah dipujuk bagai..okay la..kitorang patah balik walaupun aku dengan ain memang lah sangat tidak bersetuju time tu untuk patah balik..aku boleh patah balik pun mengenangkan ada seorang tu yang sangat bertungkus lumus handle this program..kesian kat dia jugaklah..terima carutan dari aku..haha..ampun ampun..tak sengaja..memang time tu aku sangat marah sampai tak boleh cakap sikit pun..cakap je banjir..mak aih...lemahnya alahai hati ni...

memang balik tu muncung je la muka..sampai boleh sangkut hanger...hahaha..time tu kami diberitahu yang kami boleh turut sama naik rakit..walaupun mood still marah sampaikan aku ignore je apa yang mereka kata..dalam hati tu hanya Allah je tahu aku bersyukur sesangat.. :)

mood aku terus berubah bila aku dengar guys kami start buat rakit so that semua akan merasa naik rakit..thats so sweet..terharu tu.. :)

bila aku kenang kenang balik..kelakar juga la bila ladies merajuk dengan guys secara berjemaah..kami tahu penerimaan korang kami as palapes..but the truth is..seaskar mana pun kami..kami tetap seorang perempuan..muka je ganas..walhal hati kami tisu..hahaha

aku memang sayang skuad aku..bila time time camni kami care each other..papehal senyum itu mesti..!

sejak kejadian tu..aku nampak lah perubahan our guys..yang sentiasa caring memang meneruskanlah usaha mereka..yang mana mulut cam longkang pada mulanya tu aku perhatikan ada nada berhati hati untuk meluahkan setiap percakapan..thats great!..senang je nak jaga hati perempuan ni..jangan laser ungkapkan benda menyakitkan hati and please laksanakan apa yang korang janjikan..

semua ni kenangan yang terbaik lah..dari sini kita akan lebih mengenali team kita dengan lebih dekat..dia jenis yang macamana, kena cakap macamana..apa apa sajalah yang memerlukan give and take action.. :)

hasil daripada drama ini..maka terbentuklah...

 satu family.. :)

-risau dengan keadaan di port dickson :(-

Friday, July 29, 2011

rakit team UTM::TINTEC-KRENEDEX'11

assalamualaikum guys..seperti yang dijanjikan mari kita bercerita tentang TINTEC-KRENEDEX..

actually program ini tersangatlah banyak cabaran dan dugaan..dari start gerak kerja lagi dah ada masalah..dengan kekurangan sponsorship la..ape la..tapi ada saja solution daripada team rakit ni..kami menebarkan bakti dengan membuat ikhtiar hidup..hasil kumpulan duit duit tersebut maka sampailah kami ke tanah air kelantan.. :)

               TINTEC-KRENEDEX ni merupakan program dalam program..nama sahaja dah membezakan..kalau tintec itu untuk khidmat kemasyarakatan dan berbakti manakala pula krenedex adalah ekspedisi water research yang memerlukan kami untuk berakit semasa mengambil sample air di sungai Kelantan..

 sungai yang kami jelajahi..

so aku sangat bertuah kerana ditempatkan dalam team rakit..seramai 31 orang yang membentuk satu team rakit ni..mula mula agak kekok jugalah sebabnya 7 org termasuk aku je yang perempuan..yang lain semua lelaki..hamek ko..segan la..malu la..kekok la..but benda tu semua tak kekal lama..bernasib baik jugalah kan majority dari team rakit ni daripada skuad palapes aku serta tuan tuan intermediate.ape lagi..kasi gegar ini punya team..oh ye.kami dibahagikan dua kumpulan dan aku berada dalam kelompok second raft team..

begitu luas sungai kelantan..subhanallah..:)

kan aku cakap program ni banyak cabaran kan..serious mmg tersangat banyak cabaran..kalau nak tahu kisah sebelum buat rakit..korang boleh tekan link ni..uzair our cameraman..beliau dari first raft team..aku ngan die kaw tim share link..so tak ada lah sarat sangat semua nak cerita dalam satu post..err..tapi aku rasa dah start sarat dah ni.. :)

 this is our raft!

sebahagian daripada anggota.. :)

aku memang salute dan rasa bertuah sesangatlah pada team aku ni..disebabkan rakit yang kami tempah menghampakan..maka team rakit sendiri turun sungai buat rakit sendiri hasil bantuan orang kampung..mula mulanya kami hanya perlu datang dan berakit..tapi bila dah mempunyai masalah..takkan nak cakap lebar lebur hasil tade kan..so dengan berbekalkan hasil semangat team rakit..mereka sanggup buat rakit sendiri..

 gergaji tak nak kasi tajam.. :')

:)

 semua bekerja.. :)

aku start terharu dengan team ni bilamana salah seorang daripada mereka call aku..dengar sorakan di belakang untuk menarik rakit dari kuala Nal rasanya..dahlah malam..hujan pula..aku dan bersama peserta perempuan lain tak dapat membantu disebabkan kami ditempatkan dirumah mak angkat..time tu rasa useless sangat bila tak dapat tolong..tapi bernasib baiklah kan ramai di antara peserta lelaki kami semua gentleman belaka.. :)

 us wakil girls..

okay ini sangat sweet..nanti aku cerita next post..ade cerita disebalik dua gambar ni.. :p

okay sambung cerita...dah la aku tak dapat tolong tarik rakit..tup tup dapat tahu diorang dalam proses buat rakit untuk kami..lagi la aku sayang gegila team ni.. :')

 berkomunikasi dengan orang kampung.. 

yeay..ini rakit kami!!kelihatan hafiz sangat berpuas hati atas kekukuhan rakit kami..

serious kukuh..aku memang banggalah dengan korang semua! okay..rakit dah settle..hanya tunggu untuk berakit sahaja lagi..so sementara nak menunggu bomba demi keselamatan kami..

mandi manda!!

 inilah hasil tindakan mereka setelah penat lelah berkerja.. :)

 kami juga menikmati alam ciptaan yang maha Esa.. :)

 okayh..kali ni aku ada risau sikit la..buat kepala kena buluh tu tak ke aniaya..haish..

ktorang nak gak masuk kamera.. :p

 sudah start berakit..

 pendayung belah kanan dan kiri kami.. :)

 :)

 kukuh tak rakit kami? 

 dayung dayung.. :)

okay..function kami as perempuan atas rakit adalah memberi support serta bagi mereka makan..!haha..luka luka tangan aku kupas buah salak..dengan aku aku sekali enjoy makan..mula mula rasa pelik la..ape la..last last dah macam makan kacang je..selain itu juga..kami masakkan mereka spagheti..siapa kata atas rakit tak boleh masak..kami okay je.. :)

 terserlah yeh pengemudi kami begitu kelaparan sekali..

 buat yang terbaik untuk mereka kerana aku tahu mereka penat..tengah menikmati berakit, hasil kerja mereka sendiri dan tidak sesekali ingin merosakkan mood mereka..

muka nak serious je..haha..oh ye..kami masak dengan menggunakan bunsen burner..
btw i love this pict.. :')

bila lah nak sampai ni.. :)

 berakit ditengah tengah air teh..sangat pekat yeh sungai ini.. 


 orite..ini adalah orang kuat kami..yang kepala terbenam air tu orang kampung yang memang superb bab rakit rakit ni..yang pakai life jacket tu, meon namanya..thats out timbalan pengarah..coolest guy..

 dah abes masak..stok makanan pun berkurang..mari menghiburkan hati..main kad poker..tapi bukan main poker..main tipu kata mereka..

 memang terbakar la kan kalau dah atas rakit ni..so rakit ni ada empat side untuk berendam..

 aku tak puas hati betullah dengan dorang berdua ni..siap boleh tidur lagi..aku nak buat gak..tapi dalam kepala memikirkan benda benda yang jauh dari jangkaan..so dok atas jela..hehe

 ha..ni pendayung kami, hafiz..aku sempat tukar shift dayung dengan dia..tangan mesti kuat..baru boleh gerakkan rakit ni..

 kami tak berakit jauh..menggunakan laluan team rakit satu dan setelah lima jam kami berakit..here we go..dah sampai destinasi..

 time ni dah start ada masalah nak berhentikan rakit..sebab air memang tersangat deras..

 dan kami hanyut dalam beberapa ratus meter..kedengaran bunyi buluh buluh mula patah..alhamdulillah semua selamat.. :')

dah lepas berakit mari mengangkat enjin bot..hahaha..terkilan jugalah time ni aku tak tolong.. :(

disebabkan kami punya ekspedisi terbatal atas dari segi keselamatan..kami pun join program tintec..bak kata cip..bila krenedex menjadi tintec, carca marba semuanya.. 

aku cuba ikhlaskan hati untuk hadapi seminggu di kelantan mengenangkan kami hanya sempat berakit selama 5 jam sahaja..hati memberontak ingin balik ke utm sebab aku hanya bersedia untuk berakit dan bukan untuk benda lain..tapi bila dah kena basuh ngan team..haa..sabar je la..itulah namanya ad-hoc..kita kena sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan..ingat dalam palapes je ke ade bende ni..team ni pun ada juga tau.. :)

 ikhlaskan hati..gotong royong time..!

 menunggu sarapan..

 memang terasa sangat sihatlah kan gotong royong 2 hari berturut turut..

 membersihkan tanah perkuburan..time ni sempat dengar sejarah tanah perkuburan ni.. 

 saya pembawa kereta myvi.. :)

macam peladang dah ha...

aku banyak dengar cerita dan ketidakpuasan hati team lain akan cara team kami membuat kerja..style kami senang je..kerja cepat habis cepat..sebab tu dorang selalu nampak kami lepak lepak..tapi tak tahu macamana bertungkus lumus nak menyiapkannya..cara tentera wa cakap.. :)

 cover mood..bbq time.:)
  
 serious kami gembira..:)

 our guys..haha..'our'??yup, we admit that..haha

 pengarah tengah busy siapkan laporan..kami sibuk sibuk je..

sumpah macam family, guys..

serious aku ingatkan tak akan serapat macam ni..tak boleh tandingi skuad aku..tapi realitinya..ini la kami..macamni la rasanya satu skuad kalau korang semua nak tahu..nak tahu macamana nak bentuk team kamcing camni..?
bila korang berada dalam satu saat susah senang bersama.. makan bersama, penat bersama, kerja bersama, merungut bersama..hahahah

kalau nak ikutkan banyak lagi aku nak cerita..tapi tu lah..semuanya tak mampu diluahkan dengan kata kata..biar semua ni tersemat dalam hati..kenangan terbaik pernah aku ada..thanx guys.. :)

-esok balik rumah..yeehaaa..-