Saturday, August 27, 2011

selamat hari raya aidilfitri kawan kawan.. :)

assalamualaikum peeps..
nak ucapkan selamat hari raya dan juga hari kemerdekaan Malaysia pada kawan kawan..

Skuad Gambate'21 PALAPES UTM
PK serta PKW PALAPES diseluruh Malaysia
UTM Blogger
1SSM UTM
serta semua sahabat yang pernah mengenali aku sepanjang hidup aku dua dekad ni.. :)
segala kesilapan, kekhilafan ku pohonkan kemaafan..


Thursday, August 25, 2011

alhamdulillah.. :)

assalamualaikum..

hari tu sesaja join GA xamreenaxeer..tak sangka pulak menang..saguhati pun dah memadai..so dapat lah doodle ni.. 

 doodle saguhati
dan juga..

kad raya dari xamreenaxeer ARTWORK..

bagi pemenang yang lain..tahniah.. :)
nak buat kenduri je rasa..haha

desktop backgroud

assalamualaikum peeps..
tadi berblog walking..sarjan keroro suh share desktop background..
tapi aku use lappy..so lappy background..sama tak..? :)


klik untuk tumbesaran..

aku ada 5 picture background act yang akan bertukar tukar setiap 15 minit..tapi aku pick 2 je lah..
ni baru yang dikemaskini sebulan yang lepas..kalau tak mmg berlambak shortcut, folder sampai tak nampak dah dengan jelas dekstop background..

best juga share share ni..
tadelah bak kata zuhdi salam perantauan je..haha

-patah pinggang buat biskut raya.. :)-

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday #3

assalamualaikum peeps..

klik utk lihat cicak dibelakang sana!


Tuesday, August 23, 2011

kenangan bersama kad raya kero kero

meh klik ini header..terbaik!

mari mengimbau kembali zaman nostalgia kad raya bersama alien kero kero..hehe

bukan nak masuk bakul angkat sendiri tapi sejak sekolah rendah aku start hantar kad raya dalam setahun tu mesti dalam 30 kad..tradisi ni aku teruskan sampai lah aku sekolah menengah..

aku stop hantar kad raya sebanyak jumlah diatas atas kesedaran yang aku ni rajin menghantar..dapatnya tidak..tacink punya pasal..aku stop hantar kad raya, tapi bukanlah stop terus..stop dari menghantar 30 kad menjadi 6 kad tahun ni.last year satu je. :)

tidaklah aku tidak dapat langsung..ada jugak yang masih ingat aku..tapi ade jugak yang kena paksa hantar kad kat aku..HAHA!

 aku menyimpan semua kad raya yang aku dapat sejak aku sekolah rendah lagi dlm uzumaki naruto aku..

untuk alien, aku selongkar balik fail-fail lama aku..haha

 koleksi kad raya..

 saje amek gambar banyak kali..nk promote header alien..haha

aku tak tahu lah aku cute ke tak dulu..tapi terbukti pada ayat kad hijau last sekali..klik untuk tumbesaran gajah.. :)

kalau dulu sampai ke US, ke Bahrain aku hantar kad raya..sekarang ni aku prefer untuk menghantar kad pada sahabat handai yang rapat.sebab yang rapat tu la aku selalu ter.. ter.. bagai..terkutuk la..terumpat lah.. :)

itupun aku hantar senyap senyap kat dorang..buat surprise sikit..hehe

sekarang ni dah tade dah aku nak dapat kad raya..tapi aku still mengamalkan tradisi ni biarpun menerima perlian dari orang orang yang dengki sebab mereka tak dapat nak pos kad raya kot ke tade sapa nak diposkan.eh.. :)

tarikh tutup :23/8/11, 11.59 pm

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #2

assalamulaikum peeps..

klik untuk tumbesaran badak..:)

doodle :)

assalamualaikum peeps..
tadi aku ada terbaca post Paan Kowt
beliau dengan gigihnya membuat doodle..
siap amek tempahan pulak tuh..wahaha..aku pun dengan laju lajunya request..
so terhasil lah ini..ada rupa aku tak?


by the way..thanx yeh dude..walaupun saya tak pasti ada rupa saya ke tak doodle ni..haha
siap ada bintang bintang bagai.. :)

Tuesday, August 16, 2011

just sharing.. :)

Did you know that those who appear to be really strong... are actually the most sensitive? Did you know that those... who spend all their time protecting and caring for others... usually are in need of someone to protect and to care about them?  Did you know that three of the hardest things to say are: "I love you", "I'm sorry" and "Help me"
haha..terjumpa ni kat facebook tadi.. :)

Saturday, August 13, 2011

Giveaway Photo Edit by xamreenaxeer

assalamualaikum peeps..
kali ni GA yang di tag oleh sahabat aku..cip nabil..

mari mari..yang mana berminat nak join..mari tekan ini banner..beliau punya blog mmg nice!

im done follow your blog, friend..so lepas saya menjadi stalker yang berjaya blog awak..saya kira kira, congak tolak tambah bahagi..blog awak berusia dalam 3 minggu 6 hari that is 27 hari sehingga 12 ogos 2011..

Saya nak xamreenaxeer edit kan gambar saya kerana saya dah lihat anda punya kreativiti melalui banner/doodle collection..its such a nice friend..im newer in this area..so kalau dapat  Photo Edit Services tu saya boleh tukar-tukar header saya..
*genap genap 30 words..hehe 

lagi satu tade siapa nak bagi saya kad raya tahun ni..so kalau dapat kad raya especially daripada 
xamreenaxeerARTWORKS memang saya akan rasa nak buat kenduri kesyukuran lah.. :)

okay kali ini nak tag sahabat seperjuanganlah..ain farahah..

inilah giveaway yang terbaik aku pernah join.. :)

Thursday, August 11, 2011

'Doodle's Giveaway by Cik Nuyui 'Ain'

assalamualaikum peeps..

haha..cute plak doodle ni..thanx to uzair tag aku..
memula aku tak tahu pun pe kejadah ni..rupa rupanya doodle namanya..

hah, berminat?meh tekan banner ni..

TARIKH TUTUP : 22/08/2011

saya suka doodle kerana saya tak nak uzair dapat doodle ni..saya tak kira saya pun nak jugak..sesungguhnya doodle itu cute..haha

asyik perempuan je join ni kan..aku tag zuhdi la..boleh kawan kawan dengan uzair..haha

-malam tadi mimpi makan dodol..rupa rupanya ade peluang nak dapat doodle.. :)-

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday

assalamualaikum peeps..

Saturday, August 6, 2011

i will do anything for you.. :)

assalamualaikum peeps.. :)
sudah enam hari kita berpuasa..
tangan kiri pula belum boleh berfungsi dengan sebaiknya.. :(

so bila kebosanan melanda..aku selalu lah baca recent post kawan kawan kat fb..selain menjadi kaki "like"..mana words yang best best aku take note..masukkan dalam quote collection..

bila dah mula membaca semua status ataupun most recent tuh..macam macam aku jumpa..dan salah satunya..


aku pun sesaja sesuka sesuki pergi like kan.sekali hamek aku..jadi orang yang ke-4th like. :)
aku suh postpone dulu sebab memang tengah blank blank je kan..
tapi pak cik hayat ni kata dia suh request sekarang yakni malam tadi..
aku pun fikir punya fikir 
punya fikir
dan terus fikir..
hah!


"make a video song for me "

maka tercipta la this!


first impression aku when got this..

what????he really did this for me??

gelak sakan aku..

hayat hayat..kau ni memang gila lah..since kat matrik lagi..btw hayat..thanx yeh..serious aku tak sangka kau betul betul tunaikan apa yang kau cakap.. thats great..walaupun muka macam mintak penyepak je kan..aku memang terharu lah!

bersungguh sungguh dia buat..ini video yang kelima dan yang terbaik untuk aku..thanx again dude..kau memang komited dalam setiap kerja kau..

aku doakan kau menjadi doktor yang gila gila dan berjaya suatu hari nanti..

-port dickson hujan :)-

Friday, August 5, 2011

bagi mereka yang akan bergelar mahasiswa atau mahasiswi utm..

assalamualaikum peeps..
semalam aku ada join satu group ni..iaitu group Mahasiswa/i Universiti Teknologi Malaysia..

bila join group ni rasa mereka beruntung sangat sangat sebab dari sini lah dapat kenal dengan senior..tahu serba sedikit pasal utm..kalau aku dulu terus je masuk utm..senior hentah kemana, semua tak tahu pape..pergi kelas pun bawak map sentiasa..minggu transformasi lah yang banyak membantu..

bila aku lihat post post mereka aku terkenang zaman dulu dulu..haha..padahal setahun yang lepas je..
bagi aku..life kat U memang sangat interesting..

kat utm semua ada..
  • ada pengangkutan iaitu bas utm..sentiasa berlegar legar mencari student untuk dihantar ke mana sahaja student mahu pergi..tapi kena ikut bas juga lah..jangan main terjah..nanti tak sampai ke destinasi, kena ambil bas lain dah ambil masa dekat situ.. :)
  • washing machine, water cooler, kedai dobi, kedai computer, kedai fotostat, kedai gunting rambut, mini mart semua ada..
  • pelbagai cafe ada dan masing masing ada keistimewaan..macam k11 ade air jagung yang superb..kalau k9 ada nasi ayam penyet yg murah dan walla!!kat kdoj ada nasi kukus..rajin rajin la yeh merantau..dah macam  jalan jalan cari makan dah..apa salahnya kalau tukar selera..lagi satu..bak kata abang aku..utm ni segala makanan dia memang heaven..korang akan jumpa makanan murah murah kalau nak dibandingkan makanan dekat luar cekik darah je tahu..:)
  • kat utm juga ada berbagai bagai aktiviti kokurikulum..u must join..pilih lah nak join yang mana..kelab keusahawan, kelab penyayang, kelab rekreasi, sukan pun macam macam gak..ragbi, netball, soccer and etc..macam aku, aku join PALAPES=pasukan latihan pegawai simpanan..join palapes boleh pilih sama ada darat/army ataupun laut/navy..dua dua best..tapi bagi aku..darat lagi best sebab aku join darat...korang grab la peluang ni..boleh build soft skill..nanti tak nak lah belajar pandai pandai last last gagap masa interview kerja nanti.. :)

sebahagian aktiviti palapes darat.. :)
  • kolej..setiap kolej lain lain keistimewaan..kolej ni menempatkan students, menyediakan hostel..first year memang ditetapkan kolej..tapi bila dah second year, korang boleh pilih kolej mana yang korang nak..tapi berpadalah..janganlah yang perempuan pergi apply nak stay kat k10..yang student k10 pergi apply k9..haa..agak agak nak cipta sejarah pergi la..hehe..
    • ade 13 kolej rasanya..
      • kolej tun fatimah(ktf), perempuan sahaja
      • kolej tun razak(ktr)
      • kolej rahman putra(krp)
      • kolej 9(k9), perempuan sahaja
      • kolej 10(k10), lelaki sahaja
      • kolej 11(k11)
      • kolej datuk on jaafar(kdoj)
      • kolej tun ghafar baba(ktgb), lelaki sahaja
      • kolej datuk seri endon(kdse), perempuan sahaja
      • kolej tun hussein onn(ktho)
      • kolej perdana(kp)
      • kolej tun canselor (ktc)
      • kolej tun dr ismail(ktdi)
    • setiap kolej ada keistimewaan masing masing..semua best..boleh jadi lagi best bila dekat dengan fakulti dan cafe yang ada menu best, mcm k9,k10..plus..korang tak perlu pening pening kepala nak pikir cari umah sewa bagai bila korang tahun akhir..semua ditempatkan dalam utm..even korang buat phd pun still diberi penempatan..
  • pastu pastu library utm..perpustakaan sultanah zanariah(PSZ)..aku mula mula memang tercengang habis dengan library ni..ade mini cinema tu..macam macam ada..bilik seorang ada..bilik 24 jam..komputer laju berinternet ada..memang best..sejuk je..aku selalu membuta kat library ni..haha..time study week memang penuh lah..sampaikan ada satu tahap memang susah nak cari tempat nak study..erm..sistem dia mmg tip top..nak tahu lebih lanjut..masuk utm dulu..:)
  • haa..utm ada banyak reading station..pergi lah mana mana..agak agak bosan tunggu member ke kan..eloklah kita membaca..
  • pastu pastu apa lagi yeh..ha..nanti cerita semua tak berapa nak surprise la kan..bagi korang ternganga sikit akan kehebatan utm ni nanti..haha
btw..nanti dah jadi student utm janganlah selalu complain apa yang utm bagi..cuba kita fikir bersama apa yang kita bagi dekat utm..

yang mana berminat nak join palapes tu jom jom jom..kami berbesar hati menerima anda..hehe..promote sikit.. :)



last but not least..UTM sanjungan bangsa..

-family complete hari ni..yeeha..:)-

Monday, August 1, 2011

dek kerana ikan puyu dua ekor..

assalamualaikum peeps..
sungguh indah sekali rasanya dapat bersahur bersama dengan keluarga tercinta..harap harap dikekalkan selama sebulan ini.. :)

entry kali ni ketiadaan gambar..detik detik cemas mana sempat nak ambil gambar... :p

orite kali ni aku nak cerita alkisah semalam..semalam aku bangun lambat juga..mak ayah aku sibuk tadah air disebabkan port dickson dah tiga hari ketiadaan air..sangat menderita okay..

so ayah aku nak mengosongkan ade satu tangki yang diisi ikan puyu sebagai haiwan peliharaan dalam tu..masa nak buang air ikan tu untuk digantikan dengan air baru..ikan ikan puyu tersebut terlepas ke dalam longkang kecil dan mengalir ke longkang besar..

aku yang baru bangun tidur ni blank blank ler..padahal parents dah bising dah bangun lambat..hehe..aku pun jenguklah kat luar..mak aku kata ade ikan puyu dalam longkang besar tu..

aku pun jengahlah longkang tu..memang ada dua ekor ikan puyu sedang berenang kegembiraan..aku nak tolong mak ayah aku sebenarnya..nak tangkap balik ikan tu..besar dah kot ikan puyu tu..

sekali punya nak cekau dan cekau..
bush!!!!
hamek kau..jatuh dalam longkang..dah lah longkang tu setinggi aku..aku nak grab pagar tapi hentah macamana tangan aku berpusing dan mengeluarkan satu letupan..

ayah aku terus marah bila melihat keadaan aku suh masuk umah..sememangnya aku tengah menahan sakit..mak ayah aku panik gak la..memula nak bawak pergi hospital untuk di x-ray..last last pergi klinik je memandangkan klinik yang aku pergi tu klinik panel syarikat ayah aku..free..hehe

dalam hati dah cuak kalau betul betul la tangan kiri aku ni patah..ape yang akan terjadi nanti especially pada wataniah aku..lama juga lah aku tunggu..selepas di x-ray..alhamdulillah..doktor berkata tiada sebarang kepatahan..bahu aku terseliuh..serious tak boleh angkat tangan kiri aku ni..tu yang buat status bertepuk sebelah tangan..haha

itulah..niat pada awalnya memanglah baik nak tolong mak ayah dapatkan ikan puyu tu..tapi salah aku juga sebab ayah aku kata tak payah..aku still nak tolong..ha..tak mendengar kata orang tua..padan muka saya.. :)
ikan puyu tak dapat, sakit yang dapat..
ayah aku kata aku ni lembab sebab tu jatuh..adehh
by the way..selamat berpuasa peeps! dengar kata mak ayah tau.. :p

-gembira puasa pada hari pertama bersama family dan insyaAllah di rumah selama sebulan-