Friday, August 3, 2012

bagi mereka yang akan bergelar mahasiswa atau mahasiswi utm #versi 2

assalamualaikum peeps..
dua minggu lepas aku ada join satu group ni..iaitu group Mahasiswa-Mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Sesi 2012/2013

bila join group ni rasa mereka beruntung sangat sangat sebab dari sini lah dapat kenal dengan senior..tahu serba sedikit pasal utm..kalau aku dulu terus je masuk utm..senior hentah kemana, semua tak tahu pape..pergi kelas pun bawak map sentiasa..minggu transformasi lah yang banyak membantu..

bila aku lihat post post mereka aku terkenang zaman dulu dulu..haha..padahal dua tahun yang lepas je..
bagi aku..life kat U memang sangat interesting..

kat utm semua ada..
  • ada pengangkutan iaitu bas utm..sentiasa berlegar legar mencari student untuk dihantar ke mana sahaja student mahu pergi..tapi kena ikut bas juga lah..jangan main terjah..nanti tak sampai ke destinasi, kena ambil bas lain dah ambil masa dekat situ.. :)
  • washing machine, water cooler, kedai dobi, kedai computer, kedai fotostat, kedai gunting rambut, mini mart semua ada..
  • pelbagai cafe ada dan masing masing ada keistimewaan..macam KTDI ade air jagung yang superb..kalau k9 ada nasi ayam penyet yg murah dan walla!!kat kdoj ada nasi kukus..rajin rajin la yeh merantau..dah macam  jalan jalan cari makan dah..apa salahnya kalau tukar selera..lagi satu..bak kata abang aku..utm ni segala makanan dia memang heaven..korang akan jumpa makanan murah murah kalau nak dibandingkan makanan dekat luar cekik darah je tahu..:)
  • kat utm juga ada berbagai bagai aktiviti kokurikulum..u must join..pilih lah nak join yang mana..kelab keusahawan, kelab penyayang, kelab rekreasi, sukan pun macam macam gak..kuda, memanah, renang, ragbi, netball, soccer and etc..macam aku, aku join PALAPES=pasukan latihan pegawai simpanan..join palapes boleh pilih sama ada darat/army ataupun laut/navy..dua dua best..tapi bagi aku..darat lagi best sebab aku join darat...korang grab la peluang ni..boleh build soft skill..nanti tak nak lah belajar pandai pandai last last gagap masa interview kerja nanti.. :)

sebahagian aktiviti palapes darat.. :)
  • kolej..setiap kolej lain lain keistimewaan..kolej ni menempatkan students, menyediakan hostel..first year memang ditetapkan kolej..tapi bila dah second year, korang boleh pilih kolej mana yang korang nak..tapi berpadalah..janganlah yang perempuan pergi apply nak stay kat kdoj..yang student kdse pergi apply ktgb..haa..agak agak nak cipta sejarah pergi la..hehe..
    • dulu ade 13 kolej, sekarang dah ade kolej yang gabung, so yang ni yang ada, meh sini buat list sikit. 
      • kolej tun fatimah(ktf), perempuan sahaja
      • kolej tun razak(ktr)
      • kolej rahman putra(krp)
      • kolej 9 & 10(k9-k10)
      • kolej datuk on jaafar(kdoj), lelaki sahaja
      • kolej tun ghafar baba(ktgb), lelaki sahaja
      • kolej datuk seri endon(kdse), perempuan sahaja
      • kolej tun hussein onn(ktho)
      • kolej perdana(kp)
      • kolej tun canselor (ktc)
      • kolej tun dr ismail(ktdi)
    • setiap kolej ada keistimewaan masing masing..semua best..boleh jadi lagi best bila dekat dengan fakulti dan cafe yang ada menu best, mcm k9-k10..plus..korang tak perlu pening pening kepala nak pikir cari umah sewa bagai bila korang tahun akhir..semua ditempatkan dalam utm..even korang buat phd pun still diberi penempatan..
  • pastu pastu library utm..perpustakaan sultanah zanariah(PSZ)..aku mula mula memang tercengang habis dengan library ni..ade mini cinema tu..macam macam ada..bilik seorang ada..bilik 24 jam..komputer laju berinternet ada..memang best..sejuk je..aku selalu membuta kat library ni..haha..time study week memang penuh lah..sampaikan ada satu tahap memang susah nak cari tempat nak study..erm..sistem dia mmg tip top..nak tahu lebih lanjut..masuk utm dulu..:)
  • haa..utm ada banyak reading station..pergi lah mana mana..agak agak bosan tunggu member ke kan..eloklah kita membaca..
  • pastu pastu apa lagi yeh..ha..nanti cerita semua tak berapa nak surprise la kan..bagi korang ternganga sikit akan kehebatan utm ni nanti..haha
btw..nanti dah jadi student utm janganlah selalu complain apa yang utm bagi..cuba kita fikir bersama apa yang kita bagi dekat utm..

yang mana berminat nak join palapes tu jom jom jom..kami berbesar hati menerima anda..hehe..promote sikit.. :)



last but not least..UTM sanjungan bangsa..

Thursday, August 2, 2012

after three years.

alhamdulillah masih dipanjangkan umur sehingga ke hari ini, bolehlah mengupdate blog yang kesekian lamanya ditinggalkan. lepas tiga tahun kami tak jumpa, finally, alya nabihah, syazwani dan aku lepak bersama. masing masing dah ade life sendiri, tunggu salah seorang dari mereka berdua yang nak berumah tangga je, hehe. alyaa skarang belajar di uniten while wani sentiasa bersama perubatannya di indonesia. 

aku stay di rumah wani 2 hari, hari pertama tu dok lepak umah wani, diinterview oleh kedua ibubapanya, nasib baik ko tade abang wahai cik wani, hehe

keesokkan harinya, kami bertiga keluar bersama. plan nak ke KLCC and Pavillion, pukul 9 pagi tu dah gerak. sekali hampeh mereka berdua, pukul 9 lagi tak bangun, haih. around 11 pagi jugalah kami gerak ke luar rumah.

tak kisah lah kalau korang nak gelak sakan silakan gelak, serious, ini pertama kali aku naik KTM, LRT, Monorel. teruja sesangat,even sometimes sangat annoy dengan certain people yang tak hormat orang tua, yang bertelefon tak nak kuat pulak depan public and serious aku sangat menyampah bila lelaki memasuki ruangan LADIES coach sambil buat muka sardin mintak penyepak. 

ni dah sampai ke pavillion, serious kerja aku borong coklat je la. kami berbuka di restoran yang berdekatan, pukul 6 petang dah terpacak disana bagi mengelakkan kesesakan.


 alya rehatkan kaki

 time ni wani dah kritikal, penat sangat katanya

 both of u were awesome and beautiful. :)

 muka eksaited nak buka puasa..

 baca doa dulu..

alyaa baca doa betul betul ye. :)

hari yang sangat bermakna buat kami bertiga setelah tiga tahun tak berjumpa.
terlalu banyak perkongsian dan perbincangan bersama..
aku doakan korang berdua berjaya.
best friend forever. :)


*jatuh terduduk untuk sem ini, bertahanlah aisyah. :')